Comrade...

Sunday 19 May 2013

Jurang

Salam..

Bila jurang telah terbentuk dalam hati,
aku mencari komposisi untuk merapatkan jurang ini

Bila jurang makin membawa kita ke sisi
aku masih terus mencari punca ianya terjadi

Bila jurang ini semakin hari semakin membuat kita menyendiri
aku terus gigih mencuba utk terus disisi

Apakah mungkin jurang ini terbentuk didalam hati adalah kerna diri ini?
Atau mungkin apa yang aku rasa selama ini tidak punya erti?

Mungkin benar apa yang dicari tak mungkin akan dikecapi.
Tapi aku tak pernah mengimpikan sesuatu yang tak pasti.

Kerana aku yakin hati ini, terus teguh berada di sisi nurani
Nurani jiwa mu yang sepi..

Wasalam..

-Nukilan  Purnama Malam-

Sunday 12 May 2013

Cahaya Ketenangan

As-Salam..

Cahaya ketenangan,
Hadirmu menyinari hidup ini tatkala diri ini di kaburi kegelapan
Keindahan pancaran rona warna mu memenuhi ruang segenap dimensi,
Dimensi yang selama ini sunyi dari warna pelangi
Biar pun kadangkala pancaran itu tidak selalu singgah ke ruang hati ini
Namun aku masih mencari agar ruang hati ini sentiasa dilimpahi sinar cahaya mu

Cahaya ketenangan,
Hadirmu menenteramkan jiwa ini yang acapkali bergolak dengan keresahan
Biar pun jiwa ini sering memberontak
Kau hadir menghulurkan salam ketenangan bagi diri ini
Sinaran mu memayungi diri ini dari bayang kesedihan
Sinaran mu menakluki segenap ruang dimensi kepayahan
Sinaran mu menjadi pegangan tatkala diri kelesuan

Cahaya ketenangan,
Hadirmu membuatkan aku lena terbuai
Cahaya mu membuatkan aku terjaga dari igauan
Cahaya mu membuatkan aku sedar garisan realiti dan angan
Cahaya mu membuatkan aku ingin terus berada dibawah kilauan cahaya mu
Berada senantiasa berdekatan mu
Berada bersama cahaya ketenangan ku.

Wassalam..
-Nukilan Purnama Malam-