Comrade...

Friday 4 January 2013

Kisah Satu Malam: Radio

Salam.. cerita yang bakal aku kisahkan ini hanyalah hiburan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia...

Kisah bermula....

Seorang lelaki bernama Aiman, kehidupannya biasa sahaja, tidak senang malah tidak pula susah. dia bekerja dengan Tauke seorang peniaga kaki lima di sebuah lorong di ibu kota.  Aiman hidup sendirian di sebuah rumah sewa miliknya di flat lama berhampiran dengan tempat dia bekerja. Sebuah rumah lama yang mempunyai dua buah bilik. Tidak besar, boleh dikatakan sesuai untuk orang bujang. Aiman tinggal sendirian kerana dia sudah biasa hidup sendiri, dia kehilangan kedua ibu bapanya ketika dia berusia 17tahun.. Semenjak itu Aiman hidup berdikari. Hanya sebuah radio usang menjadi peneman hidupnya.

Suatu hari selesai Aiman berniaga,Aiman pulang kerumahnya dan duduk didalam biliknya. Hanya beralaskan sebuah tilam bujang,Aiman memainkan siaran kegemarannya di radio. Sedang asyik membaca majalah sambil mendengar dendangan lagu Relaku Pujuk yang diputarkan oleh DJ radio Aiman asyik membelek majalah tersebut. Tiba-tiba radionya terputus siaran. 

       "Aduh radio buruk ni buat hal pula."

Dia memeriksa radio tersebut,kalau-kalau boleh diperbetulkan. Tetapi hampa. Dia kembali membaca majalah tersebut. Dalam hatinya dia berkata.

 "Bosan la pula takde hiburan, tak apa esok aku pergi cari 
  radio baru. Dah sampai masa dah radio buruk aku ni 
  bersara. Baik aku tido dulu."

Aiman lena dalam keheningan malam tersebut. Keesokannya, seperti biasa Aiman membuka kedai untuk berniaga. Kebiasaan hari-harinya memang begitu, buka gerai jam 5 petang dan akan ditutup dalam 1 atau 2 pagi. Tapi hari itu Aiman tutup awal gerainya kerana ingin pergi mencari sebuah radio baru. Dalam jam 11 malam Aiman dah mula mengemas barang-barang jualannya.

 "Tauke gua chiow dulu, mau cari barang sikit maa."

 "Hah ok ok ni luit gaji lu bulan ni kasi amik, esok 
  jangan mali lambat, ada stok baru mau kasi angkat."
  
 "RM 400 je tauke?  Tak apalah tauke, nanti esok gua datang 
  lambay sikit ada hal. Ok chiow." 

 Dalam hati  dia memaki tauke itu

 "Gaji kecik tapi kerja nak macam kuli batak puiih!!"

 Aiman melangkah mencari apa yang diidamkannnya itu. Kebanyakkan kedai yang ada menjual radio second hand pun meletakkan harga yang tinggi, paling murah pun RM200.
   
  "Aduh rabak la duit gaji aku macam ni" getus hati kecil Aiman.

Tiba-tiba matanya terpaku pada suatu sudut. Sebuah gerai yang menjual barang-barang lama. Hatinya terdetik untuk singgah ke situ. 

  "Hallo bro, tak pernah nampak pun kat area sini. Baru 
   buka kedai malam ni ke?"

Penjual itu tak memberi apa-apa respon sekadar tersenyum sahaja. Mata Aiman tertumpu pada barang-barang yang dijual oleh lelaki tersebut. Ada keris, belantan, kotak hiasan, cermin dan banyak lagi barang-barang yang boleh dikatakan antik berdasarkan ukiran serta bahan buatannya. Tapi semua itu tidak menarik perhatiannya, kecuali sebuah radio antik yang menarik minatnya.

  "Perghh dah lama aku tak nampak radio jenis ni, radio ni
   ok lagi tak bro? Berapa lu tolak?"

Penjual itu hanya tersenyum dan mengangguk tanda radio itu masih baik lagi kualitinya, dari isyarat yang diberikan Aiman mendapat tahu harga radio tersebut RM50. 

 "Ini sudah baik, radio pun cantik lagi antik pula tu murah
  pun murah. Tapi apasal murah sangat? Radio antik kot,ahhh     
  mungkin brader ni tengah lalok kot. tu yang hentam je 
  harga RM50. Kasi angkut sudah la,jimat pun jimat" 

Aiman membeli radio tersebut dan berlalu pulang kerumah dengan hati yang senang. Setibanya di rumah Aiman memasang radio tersebut dan seperti biasa dia menghenyakkan tubuhnya keatas tilam bujangnya dan melayan majalah yang baru dibelinya tadi. Jam menunjukkan pukul 12.30 malam. Selesai sahaja lagu yang dimainkan oleh DJ habis, kedengaran suara DJ berkumandang di corong radio.

 "Selamat tengah malam pendengar stesen XXXXX pada malam ini 
  kita akan mendengar beberapa kisah yang akan di ceritakan 
  oleh pemanggil-pemanggil kita di talian."

 "Eh, bila masa pula ada rancangan ini kat stesen ni? Slot 
  baru kot, layan je la." Aiman kehairanan..

 "Kita ada pemanggil di talian, ye cik siapa nama cik?"

 "Saya Izzati dari Segambut, saya ada kisah misteri yang
  ingin saya kongsikan bersama pendengar. Saya dalam 
  perjalanan dariKuala Lumpur menuju ke Temerloh Tiba-tiba 
  bas kami bertembung dengan sebuah treler dari arah depan, 
  pemandu bas cuba untuk mengelak tapi bas kami gagal dikawal
  dan terjatuh ke dalam GAUNG!!! Semua orang mati termasuk   
  SAYA!!!" 

Tiba-tiba pemanggil itu MENGILAI dari corong radio...

" Eii gila ke apa caller tu, kalau nak menyakat orang pun 
  agak-agaklah. Kejadahnya mengilai betul-betul."

Aiman berasa seram sejuk, hilaian wanita tersebut masih kedengaran dan DJ masih diam tidak bersuara, mungkin terkejut dengan pemanggil sebegitu. Aiman pergi kearah radio dan ingin memperlahankan suara radio kerana bingit dengan hilaian wanita itu. Tiba-tiba...

 "Kenapa perlahankan radio tu Aiman...."

DJ dalam radio itu bersuara, Aiman terpinga-pinga. 

 "Kau tak percaya dengan apa yang kau dengar.... Kau akan 
  terkejut kalau aku katakan kau tak pasang pun plug radio 
  ni dari tadi lagi..."

Peluh memercik di muka Aiman, dia cuak. Dia mengambil radio tersebut dan memang plug radio itu TAK DIPASANG!!!  Aiman semakin tak keruan apabila DJ didalam radio itu turut ketawa dan diselang seli dengan hilaian wanita tadi. Aiman mencapai radio tersebut dan dihempaskan kedinding..

Alangkah terkejutnya Aiman apabila mendapati isi dalam radio tersebut bukanlah penuh dengan komponen eletrik, tetapi cebisan-cebisan BATU NISAN dan TANAH MERAH!!!


Sekian....
-Kisah Satu Malam-
 


No comments:

Post a Comment