Comrade...

Saturday 29 December 2012

To Do or Not..

Salam.. 

   "Dalam tenang selautan air pasti ada badainya,
    Dalam riuh sekawan murai pasti ada sedihnya, 
    Dalam ganas segulung ombak pasti ada patuhnya,
    Dalam diam jiwa bergolak pasti ada mahunya." 

Setiap yang berlaku pasti ada kisahnya, apa yang aku mahu kongsi pada malam ini adalah sesuatu aku sendiri tak tahu bagaimana harus aku coretkan diatas layar teknologi ini. Apa yang mahu aku katakan adalah bagaimana ingin membuat sesuatu keputusan tanpa melukakan sesetengah pihak.

Memang sukar menjaga hati sesetengah orang dengan keputusan yang kita buat.. Setuju seandainya aku berbicara bahawa setiap apa yang kita lakukan pasti ada kelemahannya. Aku akui kelemahan diri ini, kerana kita insan biasa.

   "Bukan mudah membina empangan jika tidak dirobek hutan,
    Bukan mudah membina kejayaan jika tidak ada pengorbanan."

Jujur aku katakan setiap apa yang aku lakukan pasti ada suara-suara lunak yang menyokong dari belakang, namun tak lupa juga suara-suara kasar yang mengherdik dan mengata. Lihat, setiap apa yang dilakukan sukar untuk diterima oleh semua orang. Tapi kemana kita jika kita tunduk dibawah herdikan dan umpatan mereka-mereka diluar sana??

      "Setiap kemegahan sebuah tembok berdiri, bermula
       dengan sekecil bata, Setiap kemewahan yang dikecapi  
       bermula dengan setitis keringat."

Setiap perkara dimulakan dengan Satu. Langkah pertama yang mengorak membuatkan kita maju. Malu bukan satu alasan untuk menghalang kita maju. Malu hanyalah perasaan, sama seperti sedih, marah, gembira.. Perasaan boleh dikawal, hanya minda yang utuh diperlukan untuk memacu. 

     "Tidak akan ada kemajuan jika tidak ada risiko." 

Setiap perkara yang kita lakukan ataupun mahukan pasti ada risiko. kemana sahaja kita berada kita terdedah kepada risiko. Risiko adalah perkara yanng sering berlegar didalam minda yang cuba menganggu gugat setiap langkah yang cuba kita ambil. Tapi kita seharusnya ingat, tanpa risiko kita akan leka. 

Sentiasa berani menerima cabaran, sentiasa yakin untuk melangkah, Tapi sentiasa waspada kepada sebarang kemungkinan yang bakal mendatang. 

   "Tidak akan maju seseorang itu jika berlindung dibawah 
    tempurung, keselesaan menyebabkan seseorang itu lalai."

Keluar dari kepompong selesa, dan terbanglah menikmati dunia. Banyak yang perlu kita pelajari didunia ini. 

  "Ilmu kita hanya secebis air yang melekat dijari jika 
   ingin dibandingkan dengan Ilmu Maha Pencipta yang seluas 
   lautan."

Jangan gentar mengorak langkah. Biar terjatuh berkali-kali, asalkan bangkit penuh berisi. Daripada mati didalam tidur, adalah baik mati didalam tempur.. Hanya sekadar coretan, salam...


-Nukilan Purnama Malam-

Friday 28 December 2012

Dua Dunia

Dua Dunia.. banyak perbezaan antaranya.. acapkali teman aku berbicara, kenapa aku masih terus berada dalam bidang ini? aku sering bertanya pada diri aku jua. betulkah langkah yang aku pilih. Ya, memang bidang yang aku belajar tak sama dengan bidang yang aku ceburi.
 " Antara animal science dan teater, apa persamaan nya?"

Memang tak banyak persamaan, macam yang aku khabarkan umpama dua dunia yang tiada jalan penghubung. Antara minat dan tanggungjawab. Yang kanan menjanjikan segulung ijazah, yang kiri menjanjikan selautan pengalaman.
   Memang cara aku yang pelik memilih jalan sebegini, tapi fikirkanlah.. duduk didalam bilik hanya menelaah sebarang subjek yang dicurah, ataupun berada didalam society menimba pengalaman. aku memilih berdamping dengan mereka yang sudah lama mengenal erti hidup. Benar, zaman sekarang hanya segulung ijazah yang sering dibanggakan didalam tangan, tapi selepas itu apa harga segulung ijazah jika setiap kali berjumpa orang kita malu, kita tak tahu bergaul. 

    "Selalu lari bila dirapat,selalu malu bila soalan diaju,   
      selalu segan memberi pendapat, rela mengikut dari meneraju"

    Berapa ramai antara kita yang mengejar segulung ijazah mampu meneraju dan memberi pendapat? aku bukan omong kosong, byk yang sudah kulihat dihadapan mata. mereka yang hebat bersama teori tidak semetinya hebat didalam aplikasi.

  Bukan niat untuk bangga diri, cuma peringatan untuk diri. Tanya diri sendiri, setiap kali diuji apa yang cuba dikecapi. Tanyalah diri.. 

    "Tak kisahlah dapat markah berapa pun, asalkan aku jawab apa       
     yang aku faham"

   Berapa ramai yang lafazkan ayat diatas? Tak ramai, semuanya sibuk mengejar 'HURUF' dan 'ANGKA' sebab sistem telah menanam mentaliti kita dengan menyatakan yang setiap dari kita akan dilabelkan sebagai bagus atau tidak dengan kuasa 'HURUF' dan 'ANGKA'.. tanya diri apa yang sebenarnya kita kejar dalam hidup ini.

     "Tukar je la kos kau wan, dah kalau tu yang kau minat" 

  Banyak kali aku dengar ayat di atas, tapi sikit pun aku tak berganjak dari cara aku. Yang kanan aku masih pegang kerana itu yang dituntut oleh sistem, manakala yang kiri masih ku ikut kerana disitu aku belajar dan kenal erti hidup. Aku cuba seimbangkan keduanya agar aku tidak lari dari garis tuju hidup ku yang sebenar.

Salam.... 
                                          -Nukilan Purnama Malam-

Wednesday 5 December 2012

Bile Bosan

Just a short post.. tengah2 kebosanan selepas selesai berlatih time Pentas-Care hari 2 aku saje2 try goreng2 gitar.. Dah lame tak main skill pun dah berkarat dah haha.. Time tgh2 syok2 main 2 tiba-tiba datang ilham.. apa lagi buat lagu la.. ngan geng PENTAS yang ad Sakinah n Syazli maka sebuah lagu pendek pun tercipta hahaha.. Record sesaja, pastu tup2 hari ni video 2 ad kt youtube mesti kina punyer keje.. so just chill n layan lagu yang tak seberapa ni.

.Our Songs

Thursday 1 November 2012

Poster Mari!!

Salam.. Perghh boleh tahan berhabuk blog aku ni, walaupun tak ramai orang bace tp nk wt cne kn.. sibuk skit dgn persediaan pementasan.. ni pun curi2 masa updated blog.. to make it short and simple aku just nk promote poster2 Pentas-Care yang dah siap.. show pun dah tak lame lg adalah dalam seminggu lagi so.. sape2 yang nk tempah tiket ke boleh la roger aku.. tak salah kalau kita berhibur sambil beramal ye dak hehe.. check it out..
Hah yang ni karya aku sendiri, 7Oktober.. kisah cinta.
aku dpat ilham buat nashkah ni bile dgr lagu teman pengganti

Yang ni karya Khairul Amin, karya ni tergolong dalam top 8
untuk pertandingan Teater Pendek DBP


Yang ni show untuk malam pembukaan, ada 3 kisah pendek semua sekali.. karya yang akan dipentaskan semuanya hasil nukilan pelajar UPM sendiri. Macam yang kat sebelah ni karya aku ni haha.. saja cuba2 nasib menulis.. tengok poster macam cerita samarinda pun ada gak.. to all this poster credit 2 Qadry Basri hehehe



Yang no pun karya Khairul Amin.
 kisah seorang ustaz yang berada
dalam dunia koma bersama seorang pelacur











Untuk naskhah Cerai ni, kumpulan produksi Komplot Ceretek (produksi Kharul amin ngan Qadry Basri yg aku join) baru sahaja bertanding untuk Festival Teater Pendek DBP, kami dapat persembahan terbaik dan Khairul Amin dapat tempat juga untuk Skrip ni. Tahniah Komplot Ceretek!!!
the main theatre : Opera 3 Kupang arahan aku
cerita komedi berkenaan perbezaan taraf hidup masyrakat



Pentas-Care in Paper yo.. 

Lupe nak story, pementasan amal ni pun dapat tumpuna media macam yang kat atas tu, dpat perhatian daripada metro.. ok la, nak cerita panjang pun tak sempat so sape2 yang berminat bolehlah datang ke pementasan kami pada 6-9 Nov 2012 dekat Panggung Percubaan UPM.. Salam...

Friday 28 September 2012

Biggest Challenge Accepted!!

    Bismillah.. Tepat pada tanggal 18 September 2012 aku dipertanggungjawab kan utk mengemudi satu bahtera pementasan amal untuk Somalia. Dibawah nama kelab Penggiat Teater Sejagat (PENTAS) aku menerima amanah untuk mementaskan sebuah naskhah bagi mengutip dana untuk disumbangkan kepada Somalia. Dibawah nama program Pentas-Care : Untukmu Somalia.

       "Boleh ke aku manage satu pementasan yang besar ni? first Pementasan aku yang dulu  
         pun ada masalah sbb lampu xleh pakai.."

   Bukan mudah untuk jayakan sebuah pementasan teater namun xjuga susah, dengan sokongan dari kawan-kawan yang juga merupakan krew serta pelakon2 aku, aku kemudi bahtera tersebut bersama anak-anak kapal yang lain.

       "Aduhh, nak bawa nashkah ape ni?? Pentas-Care lepas bawa naskhah Delaila sbb ada kaitan dengan Palestin.. Ape jenis pementasan aku nak bawa ni.."

  Maka bermulalah pencarian sebuah naskhah yang bakal aku pentaskan untuk teater amal ni.. aku decide untuk bawa cerita dari luar negara.. Naskhah German nukilan dari Bertolt Brecht. Dah lama dah aku survey nashkah ni, cuma tak yakin mampu bawa ke tak.. sebab kaedah pementasan dia adalah muzikal. So, lepas aku bedah, siat, kopek, selak segala tempat (aku bedah time cuti raya haha) aku decide yang aku mampu bawa nashkah ni dalam bentuk  Komedi+Muzikal= Komedi Muzikal. 

     "Komedi Muzikal?? mampu ke aku nak buat lagu semua, mana nak cari pelakon yang boleh menyanyi, dengan suara lagi ntah dengar ke tak.."

   Banyak benda nak kena pertimbangkan kalau nak buat muzikal ni, ntah mampu ke tidak aku ni kan.. tak apa jangan risau.. Kalau kita pandang sesuatu masalah tu lagi besar dari penyelesaian, kita tak akan jumpa jalan penyelesaiannya. Jadi berfikirlah sebaliknya. Planning aku senang je, aku buat join venture dengan Kelab Koir untuk buatkan lagu.
Pasal pelakon jangan risau kita buat audition untuk pilih siapa yang layak memegang watak2 yang ada.

    "Sempat ke aku nak buat audition, dengan FTM (rujuk post sebelumnya) bagai.. Ada ke budak nak datang audtion ni bro?"

     Aduh banyak plak masalah yang suara hati timbulkan.. Jangan risau kita pakai teknik Gerilla, kita approach budak2 yang join Malam Tunas Putra the kita serap masuk kelab PENTAS then kita buat audition.. dan hasilnya..........

Sesi Briefing oleh Pengarah (aku la)

Geng2 Veteran PENTAS

Inilah bakat2 baru yang berjaya kami cungkil dari Program MTP haha

Ni plak geng extra veteran, taiko2 penasihat ni (ignore yg baju putih 2)

Gigih kaji skrip nampak haha

Ya begitu semangat sekali menjalankan audition segmen spontan

Sebahagian dari tenaga sokongan Pentas-Care
Jadi itu saja perjalanan sepanjang audition malam tu, nanti kalau rajin aku updated time latihan plak ke poster ke.. jumpa di post akan dtg.. salam....

Monday 24 September 2012

Aku dan Teater


Permulaan semester aku kali ni agak menarik, starting2 je dh dapat job jd crew utk team Teater Selangor, wakil selangor pergi Festival teater Malaysia plak.. semuanya credit pada Kak Milyana Arshad dan Qadry Basri sbb bg peluang. By the way, aku diberi kepercayaan untuk jaga lighting.. perghh!! kejadahnya aku nak buat.. aku bkn expert pun nk jaga lighting bagai.. Tapi rilek je, aku cpat adapt so dalam amsa lebih kurang 2 minggu aku dah master psal lighting haha.. kite orang menetap kat Hotel Grand Continental (ntah betul ke tak aku eja     -____-) So bersama dengan 7 tukang buai (sila rujuk gambar) kami memulakan perjuangan pertama dipentas Festival Teater Malaysia bersama 6 buah negeri yang lain. 

Senarai ceritera yang dibawa oleh negeri yang bertanding :

                                         Selangor : Buai
                                         Sabah     : Mencari Rika
                                         Kedah     : Pelantaq
                                         Penang   : Perhiasan Kaca
                                         Pahang   : Kebayan
                                         Johor       : Janin

Semoga segalanya dipermudahkan ..

Tuesday 24 April 2012

I'm In The New World

Salam Pekenalan

Niat nak buat blog ni dah lama aku simpan just xde mase je nk buat..hehehe. So, ni lah blog aku.Sorry kalau blog ni xmenarik sgt,sbb aku still belajar lg hehe al-maklum la aku ni Newb (<---ejaan sebenar NooB. Aku try improve la skit nanti kn.  Nama blog ni ART@uRusz_OP, kalau ada yg tertanye2 apa benda OP 2, kejadahnye Taurusz2 bagai (kalau ada yang tanyelah). OP tu stand for Opinion. so blog aku ni mybe akan ketengahkan beberapa pendapat dan pendangan aku tentang something disamping menceritakan kisah hidup aku kat sini. so kalau ada yg xsuke pendapat aku terpulanglah. setiap org ada pendapat masing2. Jadi pengenalan diri, aku Azwan Azhari, still stdy lg kat UPM. Nama pendek ada banyak, aku xtau knapa tp ramai je yg ske bg nick name kt aku. Antaranya Pakman,Mambo,Mambong n nama yg paling epik skali Wanken haha tp aku prefer org panggil aku Wan je, membe2 rapat je panggil aku mambo. Umur baru je masuk 20,jangan tertipu dengan penampilan luar sbb ramai anggap umur aku 23 above =,= So 2 je utk kali ni. just sebagai pengenalan diri. aku akan post lagi entry2 yg dr dulu aku nk abadikan dalam blog.. trimax