Comrade...

Thursday 31 January 2013

Masa

Salam..

Masa yang berlalu
Umpama angin yg menderu
Setiap waktu aku bersamamu
Terasa terbang satu persatu

Masa yang pergi meninggalkan aku
Tak mungkin dapat aku kembalikan untuk dirimu
Hanya memori kita bersatu yang masih ku pegang jitu 
Biar pun terkadang itu aku keliru dengan sikap mu

Masa yang berlalu tanpa memberitahu
Menyebabkan aku ternanti-nanti akan dirimu
Setiap waktu yang kita bertemu 
Seakan-akan memukau ku untuk terus berada disitu

Biar pun jasad kita tak mampu bersatu,
Biarlah roh kita dapat bertemu
Jika bersamamu hanya sebuah mimpi
Aku rela tidur tuk sepanjang hari

Masa yang berlalu membuat kan aku terbuai
Terlalu singkat waktu bg diri ini
Biarpun aku sudah dapat mengenali erti hidup ini
Namun masa bagi ku seolah-olah terhenti

Mustahil bagi aku memperbetulkan kesilapan ini
Hanya seandainya ku bisa memutarkan kembali
Segala waktu yang aku habisi dengan sandiwara dunia ini
Aku akan isi setiap detik dan saat ku dengan satu erti
Erti hidup yang hakiki...

Wassalam..
-Nukilan Purnama Malam-

Saturday 26 January 2013

Malam Yang Sepi

Salam..

Ombak menderu dengan sayu
 Menyapu lembut butiran pasir di kaki ku
Sedang asyik aku memandang ke langit kelabu
Ku lihat sesuatu menerusi akal fikiran ku

Akal fikiran yang buntu,membuatkan aku semakin bercelaru,
Menghitung hari yang pernah aku tempuhi
Pada waktu-waktu yang pernah aku lalui
Aku terfikir akan diri aku sendiri

Desir angin yang membelai
Membawa kata khabar dari jauh kedalam dasar hati
Kata kerinduan pada yang Maha satu
Lafaz kesyukuran pada nikmat-Mu
Bait-bait keinsafan atas kebesaran-Mu


-Nukilan Purnama Malam-

Saturday 19 January 2013

Kawan Jadi Lawan, Lawan Jadi Teman

Salam..

Aku rasa pasti ramai yg pernah  lalui perkara-perkara macam member tikam belakang, orang yg kita tak suka tolong kita masa susah dan banyak lagi. Aku just nk share yg benda ni common.

Dunia ni macam-macam boleh jadi, sama macam yg aku pernah exprience. Zaman-zaman sekolah dulu, lagi2 dak-dak skolah asrama. nak tunjuk siapa taiko, nak bgtahu kau hebat hehe. Aku ada kawan-kawan mcm ni, but guess what.. benda-benda macam tu yg kuat kn friendship aku ngan membe2 aku.

Geng2 92 Degrees seriously aku rindu korg semua haha.

Membe2 macam Acap, mat, Jay2, Zamir semua aku pernah je gaduh besar dgn dye org. haha Jiwa muda semua nk balun, tp skang semua tu yg buat aku sayang dekat kawan-kawan aku. Belajar kenal erti hidup sama-sama, dr umur setahun jagung smpai dah besar panjang mcm ni. Kita belajar kenal erti hidup sama-sama. even masing2 kepala gila. Langgar semua benda haha.

kat U skang ni pun aku jumpa ramai je membe2 baru, tapi aku xpernah lupa korg. Just kadang2 sibuk skit xdpt nk spend ngan korg haha Tapi kt U len dok. Kau knal org luaran je, hati budi kau blum knal. Masing2 tnjuk dewa tapi bile ad masalah baru tnjuk topeng betul.

Aku xtau la mybe aku terlalu baik ke cne haha.. but no worries la, bnda ni la buat semua orang jadi matang.

     " Kalau kau tak rasa jatuh, kau takkan rasa enaknya berdiri"

Kalau kau tak rasa kna tikam kt belakang, kau takkan belajar cara kenali orang. kau akan fikir kau bagus dan semua orang sampah. Aku bersyukur aku bkn kategori itu. Aku bersyukur sbb aku pernah rasa jatuh smpai tersungkur. Rasa di ketepikan oleh kawan-kawan, rasa di bantu oleh orang yang aku tak expect akan jadi seorang kawan.

those in 92 Degrees, thanx sbb korg tnjukkan aku apa erti hidup sebenar. kalau nk mention kawan-kawan yg aku nk ucap terima kasih byk sgt, antaranya Acap, Mat, Jay, Zamir, Afiq, Zuley, Bulat, Takip, Ramos, Imran, Hakim, Alep, Azri and ramai lagi. thanx bro. Ada masa kita lepak sama2 hehe. Wassalam


Zaman Kawad

Raya Haji kt skola haha
Saja amik gmbr kt kapal time dinner kelas

Dak2 gile pkai spek mlm2 haha

Member2 gila : Dari Kiri Acap, Aku, Afiq, Alep n Nidzam

Ni geng2 taiko perempuan kt skola haha

Wednesday 16 January 2013

Malam Puisi : Mimpi

Salam..

Hari Ahad 13hb Januari aku pergilah satu event bacaan puisi dekat Rumah Federasi (kalau xsilapla namanya) dekat area2 Damansara. Event ni Aloy Paradoks yang invited.  Aku pergi bertiga, dengan Kina n Along. Kina paling beriya nak gi, sebab dia memang minat dengan puisi. So kami pun merempit mencari lokasi sebenar rumah tersebut, agak sesat sebentar bila sampai sana. nasib baik Along ad GPS haha, smpai hbis bateri mencari lokasi. celoteh panjang pun xguna, kt bwh ni ad beberapa video n gambar2 aku sempat amik time Mimpi tu.


Tauke event : Aloy Paradoks

Brader ni bawa akustik


















Persembahan malam tu gak ada akustik yang iring bacaan puisi tersebut.. ad yang baca puisi, ada yang nyanyi lagu akustik. Senang cite sape2 yang dijemput nk buat apa malam tu buat la.. Asalkan tak menyimpang haha


Hah ni gabungan Moderator (MC la) utk malam
tu Aloy dengan Adam. Sempoi je dua2

Brader ni punya puisi power siap ada Kanan Kiri,
Sempadan semua


Malam tu macam-macam jenis puisi ada..ada yang terus maksudnya, ada juga yang bawa maksud tersirat. So terpulang pada audiens dapat atau tak maksudnya. Tapi rasanya semua dapat je haha
Persembahan oleh Wani Ardi penulis Langit
Vanila

Last but not least, persembahan malam tu ditutup dengan persembahan oleh Wani Ardi. So aku just nak share je pada korg about benda ni. Kat area KL memang banyak event cmni, antara kita amik tau atau tak je. Dari duduk melepak tak tentu arah, baik join komuniti macam ni, sekurang-kurangnya berkembang minda  dan secara tak lansung memartabatkan bahasa ye dak. k itu sahaja entry kali ni, Wassalam..

P/s : kat bawah ni ad video aku rakam utk share kt korg. enjoy n stay chill =)

Aloy Paradoks bacaan puisi


Akustik
 Persembahan By Wani Ardi




Tuesday 8 January 2013

Maafkan Aku

Salam..

Maafkan aku..
Bukan niat aku membiarkan kau terkapai beribu batu
Bukan niat aku membiarkan kau terluka menanti ku
Bukan niat aku membiarkan airmata kau berguguran kerna ku
Bukan niat aku membiarkan kau cemburu dengan setiap perilaku ku

Jika benar ini sayang
Tak sanggup aku membiarkan cinta mu terbang melayang
Jika benar ini sayang
Takkan ku benarkan diri ku berlaku curang
Jika benar ini sayang 
Tak kan aku izinkan diri mu terawang-awang

Kau nampak aku ketawa bersama mereka
Kau lihat aku gembira bersama mereka
Sedangkan pada waktu itu jiwa aku meronta
Meronta kerna aku sendiri tak sanggup melihat kau terseksa

Aku hanya butuh ruang
Untuk aku bisa mengenal erti sayang 
Yang acapkali dilaung-laung
Aku hanya ingin terus berjuang 
Walau aku tau untuk menang
Aku mungkin tak berpeluang

Aku tewas pada diriku ini
Aku tewas pada pendirianku sendiri
Dan aku tewas kerana ego aku yang meninggi

Maafkan aku..
Aku membisu kerna tak ingin melukakanmu
Aku menjauh kerna tak ingin kau kecewa melihat ku
Aku berbuat begitu
Agar kita jauh dari perkara itu

Tiga tahun perjuangan yang kita lalui
Kita tempuhi segala onak dan badai
Sebesar mana halangan kita tempuhi dengan berani
Hanya kita berdua tanpa sesiapa disisi

Namun kini aku sedari
Aku bukan sesiapa disini
Aku sudah tak mampu berjanji
Kerna aku sendiri tidak pasti
Apa yang sebenarnya aku cari didalam hati ini
Sematkanlah puisi ini 
Agar kita saling memahami sekali lagi

Hanya satu pesan ku untuk mu
Baik-baik sayang dalam perjalanan hidup mu
Kenanglah aku
Seandainya sudah tertulis didalam garisan takdir itu,
Kita akan bersatu

Wassalam...
-Nukilan Purnama Malam-



Untukmu Teman

Salam..Tribute untuk seorang teman

Biar yang datang beribu,
Namun yang kekal disampingmu hanya satu,

Biar yang mencaci dan memaki beribu,
Tapi yang  berdiri membela mu hanya satu

Biarlah kau jatuh dan tersungkur berkali-kali,
Tapi dia berdiri disisi membantu kau bangkit sekali lagi,

Hargailah mereka yang selalu berada disampingmu,
Setiap waktu sedia membantu,
Meminjamkan bahu tatkala airmata gugur satu persatu,
Menghulurkan tangan tika kau tak mampu
untuk berdiri waktu itu

Dalam perjalanan mencari ilmu
Kau akan terjatuh dan menangis bertalu-talu,
Tapi itulah yang akan membuatkan kau lebih cekal dari dahulu
Sentiasa akan ada seorang teman yang berdiri dibelakang mu

Menjadi tiang utuh untuk mu,
Menjadi sinar mentari yang menyinari hidupmu,
Menjadi tangan untuk menyapu airmata mu,
Menjadi benteng pertahanan mu

Jangan dikejar pada mereka yang mempersiakan keikhlasanmu
Kerana mereka berdiri sementara disisimu atas sebab tertentu

Tabahkanlah hatimu dan ingat mereka yang selalu bersamamu.

Wassalam...

-Nukilan Purnama Malam-

Monday 7 January 2013

Dia...

Salam..

Dia..
Sering berdiam tak kira suka ataupun duka,
Sering tersenyum tatkala melihat kenakalan kita,
Sering tertawa melayan karenah kita,

Dia..
Membanting tulang siang dan malam untuk kita,
Mencari sesuap nasi demi memenuhkan perut kita,
Memberi lebih dari kemampuannya demi membahagiakan kita,

Dia..
Setiap amarahnya,
Setiap tegurannya,
Setiap nasihatnya,
Akan terngiang tatkala dia tiada.

Dia..
Didalam tegasnya ada kelembutan,
Didalam garangnya pasti ada kuntuman,
Didalam marahnya ada terbentang selautan kasih sayang yang tak mungkin hilang dari ingatan,

Dialah idola setiap insan,
Ayah, Papa, Abah, Abi
Biar seberapa banyak panggilan,
Dia tetap disanjungi di hati ini.

Wassalam...
-Nukilan Purnama Malam-

Kata Orang

Salam...

Kata orang kalau diri tengah bahagia,
Salah orang lain jadi salah kita,

Kata orang kalau dah tak suka,
Kebenaran orang lain pun di anggap dusta,

Kata orang kalau diri pernah terluka,
Setiap langkah kita akan berjaga-jaga,

Kata orang kalau nak bersuara,
Biar bersuara dengan hak kita,

Tapi itu orang yang kata,
Macam mana pula dengan kita?

Wassalam...
-Nukilan Purnama Malam-

Bukan Aku Sengaja

Salam..

Bukan aku sengaja berlayar di lautan luas,
Kerna aku sedar kekuatan ombak yang berhempas,

Bukan aku sengaja mengejar sekawan burung yang terbang,
Kerna aku tau aku mampu tersungkur dan terlentang,

Bukan aku sengaja berlagak tenang,
Kerna aku tau banyak mulut akan bersuara lantang,

Bukan aku sengaja merahsiakan perlakuan ku,
Kerna aku tau akan ada banyak persoalan yang timbul dari benak fikiran mu,

Bukan aku sengaja terus diam membatu,
Kerna diri ini sudah penat menjadi guru,

Biar beribu tohmahan dilempar kepada ku,
Biar berjuta kesalahan dihambur kepada ku,
Aku akur,
Kerna itu memang salah ku,

Sesiapa yang bersuara lantang tanpa mengenali aku,
Letak diri mu di tempat ku,

Mulut akan berbicara : Aku mampu
Akal akan berkata: Persetan dengan alasan mu
Hati akan bersangka : Kau hanya mengikut nafsu
Mata akan diam seribu bahasa,

Kerna apa?
Kerna matalah yang membawa segala spekulasi itu..

Bukan aku sengaja mencoret ini sebagai luahan hati,
Kerna coretan ini hanyalah sekadar nukilan puisi sang pemerhati.

Salam..
-Nukilan Purnama Malam-

Saturday 5 January 2013

Perubahan

Salam..

 Masa berlalu,zaman berubah
 Dia berubah, mereka berubah
 Orang berubah, semuanya berubah
Tiada sesiapa yang terkecuali dari berubah

Yang menjadi persoalan ialah mengapa kita berubah?
Siapa kita setelah berubah?
Berubah kepada yang lebih baikkah?
Atau sebaliknya?

Persoalan yang kerap bermain dibenak mentaliti ini

Perubahan yang berlaku datang dari hati sendiri
Atau berubah kerana tuntuan suatu entiti

Berubah kerana ingin menjadi diri sendiri
Atau sekadar menurut kata hati

Berubah hanya kerana ingin diri disanjungi
Atau berubah kerana ingin membuktikan kehebatan diri

Apa erti perubahan kepada seseorang itu?
Apa makna perubahan kepada sesuatu individu?
Apa yang cuba disampaikan melalui perubahan itu?

Bagi aku,
Perubahan akan berlaku bila seseorang itu
Berada dalam keadaan buntu
Berada di dalam keadaan keliru
Berada didalam suatu ruang yang padu
Tetapi tidak disedari kewujudannya di situ

Namun, seelok-elok perubahan itu,
Adalah mereka yang berubah kerana yang Satu
Kepada yang sedia mendengar isi hati yang terbuku
Berubah kearah yang direstu

Oleh itu jangan takut untuk berubah
Kita yang menentukan kemana arah yang ingin dituju
Kemana destinasi perubahan itu

Salam...
-Nukilan Purnama Malam-

Friday 4 January 2013

Kisah Satu Malam: Radio

Salam.. cerita yang bakal aku kisahkan ini hanyalah hiburan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia...

Kisah bermula....

Seorang lelaki bernama Aiman, kehidupannya biasa sahaja, tidak senang malah tidak pula susah. dia bekerja dengan Tauke seorang peniaga kaki lima di sebuah lorong di ibu kota.  Aiman hidup sendirian di sebuah rumah sewa miliknya di flat lama berhampiran dengan tempat dia bekerja. Sebuah rumah lama yang mempunyai dua buah bilik. Tidak besar, boleh dikatakan sesuai untuk orang bujang. Aiman tinggal sendirian kerana dia sudah biasa hidup sendiri, dia kehilangan kedua ibu bapanya ketika dia berusia 17tahun.. Semenjak itu Aiman hidup berdikari. Hanya sebuah radio usang menjadi peneman hidupnya.

Suatu hari selesai Aiman berniaga,Aiman pulang kerumahnya dan duduk didalam biliknya. Hanya beralaskan sebuah tilam bujang,Aiman memainkan siaran kegemarannya di radio. Sedang asyik membaca majalah sambil mendengar dendangan lagu Relaku Pujuk yang diputarkan oleh DJ radio Aiman asyik membelek majalah tersebut. Tiba-tiba radionya terputus siaran. 

       "Aduh radio buruk ni buat hal pula."

Dia memeriksa radio tersebut,kalau-kalau boleh diperbetulkan. Tetapi hampa. Dia kembali membaca majalah tersebut. Dalam hatinya dia berkata.

 "Bosan la pula takde hiburan, tak apa esok aku pergi cari 
  radio baru. Dah sampai masa dah radio buruk aku ni 
  bersara. Baik aku tido dulu."

Aiman lena dalam keheningan malam tersebut. Keesokannya, seperti biasa Aiman membuka kedai untuk berniaga. Kebiasaan hari-harinya memang begitu, buka gerai jam 5 petang dan akan ditutup dalam 1 atau 2 pagi. Tapi hari itu Aiman tutup awal gerainya kerana ingin pergi mencari sebuah radio baru. Dalam jam 11 malam Aiman dah mula mengemas barang-barang jualannya.

 "Tauke gua chiow dulu, mau cari barang sikit maa."

 "Hah ok ok ni luit gaji lu bulan ni kasi amik, esok 
  jangan mali lambat, ada stok baru mau kasi angkat."
  
 "RM 400 je tauke?  Tak apalah tauke, nanti esok gua datang 
  lambay sikit ada hal. Ok chiow." 

 Dalam hati  dia memaki tauke itu

 "Gaji kecik tapi kerja nak macam kuli batak puiih!!"

 Aiman melangkah mencari apa yang diidamkannnya itu. Kebanyakkan kedai yang ada menjual radio second hand pun meletakkan harga yang tinggi, paling murah pun RM200.
   
  "Aduh rabak la duit gaji aku macam ni" getus hati kecil Aiman.

Tiba-tiba matanya terpaku pada suatu sudut. Sebuah gerai yang menjual barang-barang lama. Hatinya terdetik untuk singgah ke situ. 

  "Hallo bro, tak pernah nampak pun kat area sini. Baru 
   buka kedai malam ni ke?"

Penjual itu tak memberi apa-apa respon sekadar tersenyum sahaja. Mata Aiman tertumpu pada barang-barang yang dijual oleh lelaki tersebut. Ada keris, belantan, kotak hiasan, cermin dan banyak lagi barang-barang yang boleh dikatakan antik berdasarkan ukiran serta bahan buatannya. Tapi semua itu tidak menarik perhatiannya, kecuali sebuah radio antik yang menarik minatnya.

  "Perghh dah lama aku tak nampak radio jenis ni, radio ni
   ok lagi tak bro? Berapa lu tolak?"

Penjual itu hanya tersenyum dan mengangguk tanda radio itu masih baik lagi kualitinya, dari isyarat yang diberikan Aiman mendapat tahu harga radio tersebut RM50. 

 "Ini sudah baik, radio pun cantik lagi antik pula tu murah
  pun murah. Tapi apasal murah sangat? Radio antik kot,ahhh     
  mungkin brader ni tengah lalok kot. tu yang hentam je 
  harga RM50. Kasi angkut sudah la,jimat pun jimat" 

Aiman membeli radio tersebut dan berlalu pulang kerumah dengan hati yang senang. Setibanya di rumah Aiman memasang radio tersebut dan seperti biasa dia menghenyakkan tubuhnya keatas tilam bujangnya dan melayan majalah yang baru dibelinya tadi. Jam menunjukkan pukul 12.30 malam. Selesai sahaja lagu yang dimainkan oleh DJ habis, kedengaran suara DJ berkumandang di corong radio.

 "Selamat tengah malam pendengar stesen XXXXX pada malam ini 
  kita akan mendengar beberapa kisah yang akan di ceritakan 
  oleh pemanggil-pemanggil kita di talian."

 "Eh, bila masa pula ada rancangan ini kat stesen ni? Slot 
  baru kot, layan je la." Aiman kehairanan..

 "Kita ada pemanggil di talian, ye cik siapa nama cik?"

 "Saya Izzati dari Segambut, saya ada kisah misteri yang
  ingin saya kongsikan bersama pendengar. Saya dalam 
  perjalanan dariKuala Lumpur menuju ke Temerloh Tiba-tiba 
  bas kami bertembung dengan sebuah treler dari arah depan, 
  pemandu bas cuba untuk mengelak tapi bas kami gagal dikawal
  dan terjatuh ke dalam GAUNG!!! Semua orang mati termasuk   
  SAYA!!!" 

Tiba-tiba pemanggil itu MENGILAI dari corong radio...

" Eii gila ke apa caller tu, kalau nak menyakat orang pun 
  agak-agaklah. Kejadahnya mengilai betul-betul."

Aiman berasa seram sejuk, hilaian wanita tersebut masih kedengaran dan DJ masih diam tidak bersuara, mungkin terkejut dengan pemanggil sebegitu. Aiman pergi kearah radio dan ingin memperlahankan suara radio kerana bingit dengan hilaian wanita itu. Tiba-tiba...

 "Kenapa perlahankan radio tu Aiman...."

DJ dalam radio itu bersuara, Aiman terpinga-pinga. 

 "Kau tak percaya dengan apa yang kau dengar.... Kau akan 
  terkejut kalau aku katakan kau tak pasang pun plug radio 
  ni dari tadi lagi..."

Peluh memercik di muka Aiman, dia cuak. Dia mengambil radio tersebut dan memang plug radio itu TAK DIPASANG!!!  Aiman semakin tak keruan apabila DJ didalam radio itu turut ketawa dan diselang seli dengan hilaian wanita tadi. Aiman mencapai radio tersebut dan dihempaskan kedinding..

Alangkah terkejutnya Aiman apabila mendapati isi dalam radio tersebut bukanlah penuh dengan komponen eletrik, tetapi cebisan-cebisan BATU NISAN dan TANAH MERAH!!!


Sekian....
-Kisah Satu Malam-
 


Wednesday 2 January 2013

Untitled

  Salam...

        Tika purnama malam mengintai dibalik langit kelam,
        Disini aku berdiri melagukan sebuah puisi,
        Walau aku sedari mungkin tiada sesiapa yang mendengari,
        Aku terus disini berpaksi kan sesuatu yang belum pasti.

        Ia datang dan pergi,
        Sesuatu yang acapkali di cari di dunia ini,
        Aku pun tidak terkecuali, 
        Masih mencari dan terus mencari,
        Apa ertinya perjalanan aku ini,
        Jika aku sendiri tidak pasti penghujung destinasi ku ini,

        Setiap detik yang aku lalui,
        Mengajar aku untuk berdikari,

       Setiap langkah yang aku jejaki,
       Mengajar aku antara kanan dan kiri,
           
        Sebuah perjalanan yang pernah aku lalui, 
        Mengajar aku menjadi aku.

     
       Tapi aku masih sendiri,
       Mereka datang dan pergi walaupun aku masih disini,
       Tanpa aku sedari,
      Aku berdiri seorang diri,

      Tinggal aku seorang kecundang.
      Roboh dan tumbang

     Mungkin aku yang bersalah?
     Mungkin aku punca kita berbalah?
     Atau mungkin keegoan aku menyebabkan kite berpecah,

      Lafaz kata dari bibir adakah ia dari hati?
      Mungkin kau tak sedari maksud yang tersembunyi
      Titisan air mata dari pipi ke bumi
      Pernahkah kau sedari betapa pedih diriku ini

     Benar aku mengambil mudah setiap perkara yang berlaku,
     Namun apakah itu alasan untuk menghalang kita bersatu,


      Biar seribu kata ku susun,
      Biar seribu bahasa yang ku tuntun,
      Biar seribu saksi datang berduyun,
      Namun kata-kata ku hanyalah omongan kosong

      Yang kau dengar sebagai satu siulan kecil
      Tidak perlu kau mendengar siulan-siulan ini
      Kerana siulan-siulan ini akhirnya akan terbang dibawa bayu malam
      Biarpun siulan-siulan ini adalah kata terakhir dari ku

      Tika purnama malam mengundur diri
      Tika angin malam menyampaikan khabar sepi
      Tika kelam malam mewarnai langit ini
      Tika itulah aku masih mencari
      Mencari sesuatu yang sejati

     Pencarian yang tiada pasti..



-Nukilan Purnama Malam-