Comrade...

Friday 30 May 2014

Empat (4) Dua (2) Satu (1)

4.2.1 
aku tahu jalan aku
4.2.1
 ku kembali dalam irama dan lagu
4.2.1 
ku bersyukur pada yang satu
4.2.1 
biar kau jauh dari ku namun kau masih ku rindu

Aku kembali berperang 
ku kembali bertandang
Kini ku dalam gelanggang kembali beraksi atas padang
Biar pun ramai yang memandang 
Biar mata pedang mengancam
Namun ku berdiri disini menanti petir menyentak jiwa ini

Tidak ku gentar anasir luar
Biar di hujani peluru-peluru buas 
Namun ku berdiri puas
Ku dabik dada luas
Biarkan kekunci mereka mengganas 
Ku tertawa melihat mereka tewas

K.O.N.T.R.O.
Versi
Banyak cerita dan isi
Banyak gosip sensasi
Mereka menari-nari mencari bahan api
Ingin membakar emosi diri ini
Jangan percaya si talam empat muka
Di sini cerita ubi di sana cerita keladi

Beza dari gaya dan rupa
Sama dari cara dan kata
Kau tak kenali aku
aku tak kenali kau
Biar dua garis masa kita bertemu
Di situ kau kenali ku 
Di situ aku memahami mu

4.2.1
Biar cerita kita menjadi satu
4.2.1
Saling merindu dan bercumbu
4.2.1 
Ku masih mencari jawapan mu
4.2.1
Izin kan daku berlalu dahulu..salam


-Nukilan Purnama Malam-



Wednesday 28 May 2014

Khayal Khayalan

-Khayal Khayalan-

Lembut..
Lembut ia meresap masuk kedalam salur darah
menebarkan sayap ketenangan harapan
Biar ia nya palsu, biar ia nya berlalu
Tapi aku tahu ian hadir membantu

Khayal khayalan ku terbang tinggi
Merentasi galaksi disinar kerlipan bintang bertebaran
Tinggi menjangkau minda sedar 
Tinggi mempersoalkan dunia
Tinggi mencari jawapan yang tiada

Nipis..
Nipis ia di hembus lalu ke bibir ini
Melepaskan segala yang bersarang di dalam benak
Meski pun ia nyata, namun pahit untuk ditelan
Terasa kelat menghadam memori luka bersama

Tapi..
Yang kelat perlu terhadam
Yang pahit harus di telan
Biar khayal khayalan aku memadam seribu macam perihal
Biar khayal khayalan ku menjawab persoalan ku
Biar khayal khayalan itu terus memburu yang di tuju
Hanya khayal khayalan ku..

-Nukilan Purnama Malam-

Tuesday 27 May 2014

Garis Masa

-Garis Masa-
Ada yang bermula dari aliff
Ada yang bermula dari A
Ada yang bermula dari 0 
Ada yang bermula dari sekecil zarah
Setiap garis masa kita bermula dengan berbeza
Tapi rentaknya tetap sama

Kau dan aku perjalanan kita tidak serupa
Kau dan aku tujuan kita tak setara
Kau dan aku perjuangan kita hanya kita yang tahu
Namun garis masa kita bertemu kerna alasan tertentu
Mungkin ia di sengajakan 
Mungkin satu kebetulan
Atau mungkin ditakdirkan
Mungkin untuk tujuan menyedarkan kita atas kekhilafan masing-masing

Kita bermula seperti mentari pagi bersinar indah menerangi embun
Bertukar hangat seperti dinihari tika mentari tegak berdiri
Kemudian suram seperti petang yang sering kita harung bersama
Namun penghujungnya adakah kelam seperti kegelapan malam atau indah ditaburi bintang di angkasa
Penghujungnya masih misteri tiada jawapan
Namun ianya akan terus berulang seperti putaran dunia yang mampu terhenti pada satu waktu
Waktu untuk memilih malam hitam atau malam yang berbintang

Setiap garis masa kita memberi beribu memori
Biar terdapat manis dan luka, namun itu lah yang berharga
Kau dan aku, tiada rindu di dalam kalbu
Kau dan aku, tiada memori untuk di sandar
Kau dan aku, hanya waktu kita bersama menjadi sejarah
Setiap waktu yang berjalan di garis masa itu, itu yang dirindu

Kerna waktu itu, kau dan aku adalah satu
Kau dan aku menjadi kita
Kita yang bersama didalam memori rindu itu 
Kita yang mempunyai satu tujuan,satu harapan dan satu perjuangan yang sama
Dan bila mentari senja memanggil kita untuk memutuskan
Sama ada yang kelam atau bergermelapan di langit malam
Kita menjadi kau dan aku
Kita menuju arah yang berbeza
Kita menjadi perjuangan yang lain pada diri masing-masing
Tiada lagi kita dan tinggal hanya kau dan aku

Pahat la luka dibalik luka yang luka
Tanam lah ia di balik dendam yang lama
Sehingga diri tercari-cari jalan semula
Jalan tuk kembali kepadanya
Kerna ku mampu terus berjalan ke ufuk barat
Namun hati masih ingin melihat ke arah timur
Biar ke selatan diri ini berlari mencari arah
Namun petunjuk kukuh mengatakan di utara

Biar kemana aku berlari garis masa ini telah bersatu suatu ketika dulu
Dan aku harus akur, garis masa yang lepas hanya sejarah 
Garis masa ini harus bergerak memberi ruang kepada garis masa lain
Kerna garis masa lalu tak mungkin bertemu kembali.


-Nukilan Purnama Malam-

Monday 26 May 2014

1.0.1


Satu kosong satu tiada yang membangkang
Satu kosong satu semua memandang  
Aku nombor satu tiada yang menghalang
Biar jasad ku hilang namun nama ku masih tertera di atas palang
Biar adrenalin tanpa putus-putus menghunus setiap rembesan gemilang
Nyala balik mancis mentera belum habis
Mantera beradu dengan irama dan lagu
Testosterone testarosaku mengalir
Tanpa gentar ku melangkah bersama desir taufan

Aku nombor satu
Siapa berani cabar, siapa berani pangkah, siapa berani sanggah
Pendapat kau bercanggah. Kedegilan ku bercambah
Pedulikan pancaroba ,Semangat ku berkobar nah jiwa ku bernarkoba
Tiada yang berani langgar pantang Kerna kita sentiasa yang terbaik dari ladang
Tak perlu tunjuk ajar kerna ku tahu siapa aku
Tak perlu mengarah kerna aku hidup cukup lama untuk tahu arah tuju
Biar gempita bersama halilintar datang menentang
Ku tahu diri ku dan diri mu

Aku nombor satu tak perlu terburu
Biar derapan langkah ku masih menuju jauh dari itu
Melangkah lebih jauh dari batas satu
Bukan mudah hendak menang, apatah lagi jadi juara
Bukan mudah menggapai bintang, apatah lagi jadi lagenda
Biar pun parah berdarah memercik merah mengerah keringat

Seutuh tembok besi dimensi emosi aku mempertahankan sifat
Sekukuh egoistic dan narsistic aku kembali kepada alunan artisitik
Tanpa putus-putus ku terus berlari bersama adrenalin yang menjadi morfin dalam jiwa ini
Biarkan saja mereka cemburu, biarkan saja mereka di situ
Kerna aku sentiasa nombor satu.

-Nukilan Purnama Malam-

K.I.T.A

-K.I.T.A -  
Selajur garis pelangi dapat dinilai 7 warnanya
Seindah mentari pagi dapat dilihat cahayanya
Semerbak mawar kasturi dapat diluka kerna durinya
Segemilang malam ini kerana tebaran bintang di angkasa
Seteguh diri ini mencari baki hidup kerna kita, erti kita

Biar pun jauh derap kaki ini melangkah
Biar pun sayup mata merenung ke ufuk dunia
Biar pun tidak kelihatan rona nya
Hati masih cekal berdiri
Utuh tanpa mempedulikan segala demensi emosi yang berpaksi pada diri
Sekukuh tembok besi egoistic yang menebal menjadi penghadang perasaan

Langkah semakin berat
Persepsi mempermainkan diri tanpa peduli pada batas hati
Biar terputus jatuh bersatu bersama bumi
Biar terhanyut arus entah kemana
Biar dihembus melayang ke syurgaloka

Namun jangan sesekali berhenti melangkah
Bercuba berkali kali
Biar pun parah berdarah memercik merah mengerah keringat
Kerna bukan senang hendak menang
Apantah lagi jadi juara
Dan bukan mudah menjadi bintang
Apa ntah lagi jadi Lagenda
Kerna hanya yang lemah kan lari
Jadi  seperti helang yang terbang tinggi menggapai galaksi

Bangkit menuju apa  yang di impi…kerna di fantasi mimpi akan terjawab soal kita..

-Nukilan Purnama Malam-