Comrade...

Friday, 28 September 2012

Biggest Challenge Accepted!!

    Bismillah.. Tepat pada tanggal 18 September 2012 aku dipertanggungjawab kan utk mengemudi satu bahtera pementasan amal untuk Somalia. Dibawah nama kelab Penggiat Teater Sejagat (PENTAS) aku menerima amanah untuk mementaskan sebuah naskhah bagi mengutip dana untuk disumbangkan kepada Somalia. Dibawah nama program Pentas-Care : Untukmu Somalia.

       "Boleh ke aku manage satu pementasan yang besar ni? first Pementasan aku yang dulu  
         pun ada masalah sbb lampu xleh pakai.."

   Bukan mudah untuk jayakan sebuah pementasan teater namun xjuga susah, dengan sokongan dari kawan-kawan yang juga merupakan krew serta pelakon2 aku, aku kemudi bahtera tersebut bersama anak-anak kapal yang lain.

       "Aduhh, nak bawa nashkah ape ni?? Pentas-Care lepas bawa naskhah Delaila sbb ada kaitan dengan Palestin.. Ape jenis pementasan aku nak bawa ni.."

  Maka bermulalah pencarian sebuah naskhah yang bakal aku pentaskan untuk teater amal ni.. aku decide untuk bawa cerita dari luar negara.. Naskhah German nukilan dari Bertolt Brecht. Dah lama dah aku survey nashkah ni, cuma tak yakin mampu bawa ke tak.. sebab kaedah pementasan dia adalah muzikal. So, lepas aku bedah, siat, kopek, selak segala tempat (aku bedah time cuti raya haha) aku decide yang aku mampu bawa nashkah ni dalam bentuk  Komedi+Muzikal= Komedi Muzikal. 

     "Komedi Muzikal?? mampu ke aku nak buat lagu semua, mana nak cari pelakon yang boleh menyanyi, dengan suara lagi ntah dengar ke tak.."

   Banyak benda nak kena pertimbangkan kalau nak buat muzikal ni, ntah mampu ke tidak aku ni kan.. tak apa jangan risau.. Kalau kita pandang sesuatu masalah tu lagi besar dari penyelesaian, kita tak akan jumpa jalan penyelesaiannya. Jadi berfikirlah sebaliknya. Planning aku senang je, aku buat join venture dengan Kelab Koir untuk buatkan lagu.
Pasal pelakon jangan risau kita buat audition untuk pilih siapa yang layak memegang watak2 yang ada.

    "Sempat ke aku nak buat audition, dengan FTM (rujuk post sebelumnya) bagai.. Ada ke budak nak datang audtion ni bro?"

     Aduh banyak plak masalah yang suara hati timbulkan.. Jangan risau kita pakai teknik Gerilla, kita approach budak2 yang join Malam Tunas Putra the kita serap masuk kelab PENTAS then kita buat audition.. dan hasilnya..........

Sesi Briefing oleh Pengarah (aku la)

Geng2 Veteran PENTAS

Inilah bakat2 baru yang berjaya kami cungkil dari Program MTP haha

Ni plak geng extra veteran, taiko2 penasihat ni (ignore yg baju putih 2)

Gigih kaji skrip nampak haha

Ya begitu semangat sekali menjalankan audition segmen spontan

Sebahagian dari tenaga sokongan Pentas-Care
Jadi itu saja perjalanan sepanjang audition malam tu, nanti kalau rajin aku updated time latihan plak ke poster ke.. jumpa di post akan dtg.. salam....

No comments:

Post a Comment