Comrade...

Friday 28 December 2012

Dua Dunia

Dua Dunia.. banyak perbezaan antaranya.. acapkali teman aku berbicara, kenapa aku masih terus berada dalam bidang ini? aku sering bertanya pada diri aku jua. betulkah langkah yang aku pilih. Ya, memang bidang yang aku belajar tak sama dengan bidang yang aku ceburi.
 " Antara animal science dan teater, apa persamaan nya?"

Memang tak banyak persamaan, macam yang aku khabarkan umpama dua dunia yang tiada jalan penghubung. Antara minat dan tanggungjawab. Yang kanan menjanjikan segulung ijazah, yang kiri menjanjikan selautan pengalaman.
   Memang cara aku yang pelik memilih jalan sebegini, tapi fikirkanlah.. duduk didalam bilik hanya menelaah sebarang subjek yang dicurah, ataupun berada didalam society menimba pengalaman. aku memilih berdamping dengan mereka yang sudah lama mengenal erti hidup. Benar, zaman sekarang hanya segulung ijazah yang sering dibanggakan didalam tangan, tapi selepas itu apa harga segulung ijazah jika setiap kali berjumpa orang kita malu, kita tak tahu bergaul. 

    "Selalu lari bila dirapat,selalu malu bila soalan diaju,   
      selalu segan memberi pendapat, rela mengikut dari meneraju"

    Berapa ramai antara kita yang mengejar segulung ijazah mampu meneraju dan memberi pendapat? aku bukan omong kosong, byk yang sudah kulihat dihadapan mata. mereka yang hebat bersama teori tidak semetinya hebat didalam aplikasi.

  Bukan niat untuk bangga diri, cuma peringatan untuk diri. Tanya diri sendiri, setiap kali diuji apa yang cuba dikecapi. Tanyalah diri.. 

    "Tak kisahlah dapat markah berapa pun, asalkan aku jawab apa       
     yang aku faham"

   Berapa ramai yang lafazkan ayat diatas? Tak ramai, semuanya sibuk mengejar 'HURUF' dan 'ANGKA' sebab sistem telah menanam mentaliti kita dengan menyatakan yang setiap dari kita akan dilabelkan sebagai bagus atau tidak dengan kuasa 'HURUF' dan 'ANGKA'.. tanya diri apa yang sebenarnya kita kejar dalam hidup ini.

     "Tukar je la kos kau wan, dah kalau tu yang kau minat" 

  Banyak kali aku dengar ayat di atas, tapi sikit pun aku tak berganjak dari cara aku. Yang kanan aku masih pegang kerana itu yang dituntut oleh sistem, manakala yang kiri masih ku ikut kerana disitu aku belajar dan kenal erti hidup. Aku cuba seimbangkan keduanya agar aku tidak lari dari garis tuju hidup ku yang sebenar.

Salam.... 
                                          -Nukilan Purnama Malam-

No comments:

Post a Comment