Comrade...

Saturday 29 December 2012

To Do or Not..

Salam.. 

   "Dalam tenang selautan air pasti ada badainya,
    Dalam riuh sekawan murai pasti ada sedihnya, 
    Dalam ganas segulung ombak pasti ada patuhnya,
    Dalam diam jiwa bergolak pasti ada mahunya." 

Setiap yang berlaku pasti ada kisahnya, apa yang aku mahu kongsi pada malam ini adalah sesuatu aku sendiri tak tahu bagaimana harus aku coretkan diatas layar teknologi ini. Apa yang mahu aku katakan adalah bagaimana ingin membuat sesuatu keputusan tanpa melukakan sesetengah pihak.

Memang sukar menjaga hati sesetengah orang dengan keputusan yang kita buat.. Setuju seandainya aku berbicara bahawa setiap apa yang kita lakukan pasti ada kelemahannya. Aku akui kelemahan diri ini, kerana kita insan biasa.

   "Bukan mudah membina empangan jika tidak dirobek hutan,
    Bukan mudah membina kejayaan jika tidak ada pengorbanan."

Jujur aku katakan setiap apa yang aku lakukan pasti ada suara-suara lunak yang menyokong dari belakang, namun tak lupa juga suara-suara kasar yang mengherdik dan mengata. Lihat, setiap apa yang dilakukan sukar untuk diterima oleh semua orang. Tapi kemana kita jika kita tunduk dibawah herdikan dan umpatan mereka-mereka diluar sana??

      "Setiap kemegahan sebuah tembok berdiri, bermula
       dengan sekecil bata, Setiap kemewahan yang dikecapi  
       bermula dengan setitis keringat."

Setiap perkara dimulakan dengan Satu. Langkah pertama yang mengorak membuatkan kita maju. Malu bukan satu alasan untuk menghalang kita maju. Malu hanyalah perasaan, sama seperti sedih, marah, gembira.. Perasaan boleh dikawal, hanya minda yang utuh diperlukan untuk memacu. 

     "Tidak akan ada kemajuan jika tidak ada risiko." 

Setiap perkara yang kita lakukan ataupun mahukan pasti ada risiko. kemana sahaja kita berada kita terdedah kepada risiko. Risiko adalah perkara yanng sering berlegar didalam minda yang cuba menganggu gugat setiap langkah yang cuba kita ambil. Tapi kita seharusnya ingat, tanpa risiko kita akan leka. 

Sentiasa berani menerima cabaran, sentiasa yakin untuk melangkah, Tapi sentiasa waspada kepada sebarang kemungkinan yang bakal mendatang. 

   "Tidak akan maju seseorang itu jika berlindung dibawah 
    tempurung, keselesaan menyebabkan seseorang itu lalai."

Keluar dari kepompong selesa, dan terbanglah menikmati dunia. Banyak yang perlu kita pelajari didunia ini. 

  "Ilmu kita hanya secebis air yang melekat dijari jika 
   ingin dibandingkan dengan Ilmu Maha Pencipta yang seluas 
   lautan."

Jangan gentar mengorak langkah. Biar terjatuh berkali-kali, asalkan bangkit penuh berisi. Daripada mati didalam tidur, adalah baik mati didalam tempur.. Hanya sekadar coretan, salam...


-Nukilan Purnama Malam-

No comments:

Post a Comment