Comrade...

Sunday 1 June 2014

Apa Khabar...

Apa khabar hati yang satu
Sudah lama tak saling merindu
Adakah masih jauh dari ku
Atau sudah ketemu yang baru

Teringat kali pertama kita bersua
Senyuman melirik indah tak terkata
Pandangan mata ku terpukau dek renungan nya
Akal ku mengelamun mengenangnya
Biar pun engkau diam seribu bahasa
Ku tidak tahu hati yang sedang berahsia
Perasaan mu perasaan ku menjadi tanda tanya
Apakah misteri yang cuba diungkap kita

Jauh di mata tapi adakah dekat di hati
Diri ini mencari tanda yang diyakini
Kerna buntu gagal berkali-kali
Apakah realiti kita tidak kembali
Jika benar ungkap,jangan biar ku berteka-teki
Usah biar kan ku terus berfantasi
Kerna fantasi ini lebih memahami
Disini susah hati, di situ ku bisa bermimpi

Dalam perjalanan kita banyak persimpangan
Mana arah yang tersilap langkah
Engkau pusing ke kiri aku terus ke kanan
Mengapa kita mula berbalah

Lalu waktu terhenti
Ku toleh ke sisi
Hanya bayang yang menemani
Tiada jasad hanya memori
Memori bermakna hanya kerana kau di sisi

Apa khabar hati ini,
Yang dahulu pernah berpenghuni
Tapi kini sepi tiada pengganti

Apa khabar hati itu,
Yang dahulu sering bertandang salam rindu
Tapi kini beribu bahasa kian membisu

Ku merenung ke luar jendela
Entah mengharap apa yang tiba
Mungkin bayangan wajah mu dapat bermain di depan mata
Harum bau mu yang mungkin dapat ku hidu
Bagaimana dapat aku membenci mu 
Jika setiap kali diri ni masih mengadap ke selatan
Meski utara yang menjadi tujuan

Apa khabar hati mu,
Andai suka simpanlah sedikit tangisan itu
Andai duka kuntumkan lah segaris senyuman ayu
Kerna tak ingin melihat kau di tusuk sembilu
Walau aku sendiri tidak tahu khabar hati mu
Apa yang mampu hanya berdoa pada yang satu
Dengan harapan masih terimpi mendaki ke puncak satu..


-Nukilan Purnama Malam-

No comments:

Post a Comment