Comrade...

Saturday 26 January 2013

Malam Yang Sepi

Salam..

Ombak menderu dengan sayu
 Menyapu lembut butiran pasir di kaki ku
Sedang asyik aku memandang ke langit kelabu
Ku lihat sesuatu menerusi akal fikiran ku

Akal fikiran yang buntu,membuatkan aku semakin bercelaru,
Menghitung hari yang pernah aku tempuhi
Pada waktu-waktu yang pernah aku lalui
Aku terfikir akan diri aku sendiri

Desir angin yang membelai
Membawa kata khabar dari jauh kedalam dasar hati
Kata kerinduan pada yang Maha satu
Lafaz kesyukuran pada nikmat-Mu
Bait-bait keinsafan atas kebesaran-Mu


-Nukilan Purnama Malam-

1 comment:

  1. alhamdulillah..semoga Dia semakin membuka pintu hati kau utk lebih dkt kepadaNya..insyallah

    ReplyDelete