Comrade...

Tuesday, 27 May 2014

Garis Masa

-Garis Masa-
Ada yang bermula dari aliff
Ada yang bermula dari A
Ada yang bermula dari 0 
Ada yang bermula dari sekecil zarah
Setiap garis masa kita bermula dengan berbeza
Tapi rentaknya tetap sama

Kau dan aku perjalanan kita tidak serupa
Kau dan aku tujuan kita tak setara
Kau dan aku perjuangan kita hanya kita yang tahu
Namun garis masa kita bertemu kerna alasan tertentu
Mungkin ia di sengajakan 
Mungkin satu kebetulan
Atau mungkin ditakdirkan
Mungkin untuk tujuan menyedarkan kita atas kekhilafan masing-masing

Kita bermula seperti mentari pagi bersinar indah menerangi embun
Bertukar hangat seperti dinihari tika mentari tegak berdiri
Kemudian suram seperti petang yang sering kita harung bersama
Namun penghujungnya adakah kelam seperti kegelapan malam atau indah ditaburi bintang di angkasa
Penghujungnya masih misteri tiada jawapan
Namun ianya akan terus berulang seperti putaran dunia yang mampu terhenti pada satu waktu
Waktu untuk memilih malam hitam atau malam yang berbintang

Setiap garis masa kita memberi beribu memori
Biar terdapat manis dan luka, namun itu lah yang berharga
Kau dan aku, tiada rindu di dalam kalbu
Kau dan aku, tiada memori untuk di sandar
Kau dan aku, hanya waktu kita bersama menjadi sejarah
Setiap waktu yang berjalan di garis masa itu, itu yang dirindu

Kerna waktu itu, kau dan aku adalah satu
Kau dan aku menjadi kita
Kita yang bersama didalam memori rindu itu 
Kita yang mempunyai satu tujuan,satu harapan dan satu perjuangan yang sama
Dan bila mentari senja memanggil kita untuk memutuskan
Sama ada yang kelam atau bergermelapan di langit malam
Kita menjadi kau dan aku
Kita menuju arah yang berbeza
Kita menjadi perjuangan yang lain pada diri masing-masing
Tiada lagi kita dan tinggal hanya kau dan aku

Pahat la luka dibalik luka yang luka
Tanam lah ia di balik dendam yang lama
Sehingga diri tercari-cari jalan semula
Jalan tuk kembali kepadanya
Kerna ku mampu terus berjalan ke ufuk barat
Namun hati masih ingin melihat ke arah timur
Biar ke selatan diri ini berlari mencari arah
Namun petunjuk kukuh mengatakan di utara

Biar kemana aku berlari garis masa ini telah bersatu suatu ketika dulu
Dan aku harus akur, garis masa yang lepas hanya sejarah 
Garis masa ini harus bergerak memberi ruang kepada garis masa lain
Kerna garis masa lalu tak mungkin bertemu kembali.


-Nukilan Purnama Malam-

No comments:

Post a Comment